sktmr2.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA RINI (2)
JALAN PERSIARAN BAKTI, TAMAN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU, JOHOR
TEL : 07-5593523       FAX : 07-5592032
 emel : sktmr2@yahoo.com.my / sktmr2@hotmail.com
 
| LAMAN UTAMA | BERITA TERKINI | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | PROFAIL SEKOLAH | MAKLUMAT ASAS SEKOLAH | LOGO | PETA LOKASI | ENROLMEN | GURU&STAF | ANALISIS UPSR | KEJAYAAN SEKOLAH |

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 merupakan sekolah rendah kedua yang dibina bagi menampung
keperluan penduduk Taman Mutiara Rini. Sekolah ini terletak di Jalan Persiaran Bakti. Sekolah ini
telah siap dibina pad atahun 2003. Majlis perasmian pengoreasiannya pada 01 Januari 2005
dirasmikan oleh En Tuan Haji Basari bin Abd Manan selaku Ketua Sektor Pend.Islam dan Moral JPNJ
dan sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada tarikh tersebut.

Dari segi prasarannya,sekolah ini mempunyai 27 bilik darjah dan dilengkapi
dengan bilik-bilik khas seperti
Pejabat,Pusat Sumber,Perpustakaan,Bilik Tayang,Bilik Kemahiran Hidup,Bilik Pendidikan Seni,
Bilik Muzik,Makmal Sains,Bilik SPBT,Makmal Komputer,Pusat Akses,Bilik Guru,Bilik Pemulihan,
Bilik Bimbingan & Kaunseling,Bilik Peperiksaan,Dewan Peperiksaan,Bilik Sukan,Bilik Persalinan,
Kedai Buku,Surau dan juga Kantin.


Bangunan tambahan yang baru dibina adalah Bangunan Prasekolah. Terdapat 25orang murid,seorang guru
dan seorang staf sokongan.

Pada tahun 2012, seramai 7orang guru telah ditempatkan di SK Taman Mutiara Rini 2 menjadi
keseluruhan seramai 46orang guru. Jumlah murid pula seramai 657orang termasuk prasekolah.

Sepanjang pembukaan sekolah ini, Guru Besar pertama adalah Puan Zainab Bt Hj Abu Bakar.Beliau berasal
dari Pahang dan telah berkhidmat di SK Taman Mutiara Rini 2 selama 8 tahun.Iaitu bermula dari 2005
sehingga pertengahan tahun 2012.Selepas perpindahan Pn Zainab Bt Hj Abu Bakar,tempat beliau telah
diambil alih oleh guru besar dari SK Pendas Laut iaitu En Sari'at Bin Mokmin.

Taraf kehidupan penduduk sekitar sekolah ini adalah terdiri daripada golongan sederhana.Mereka terdiri daripada
pekerja swasta, perindustrian dan kakitangan kerajaan.Masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai kaum dan
mengamalkan pelbagai budaya dan agama.





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: